MAAHAD TAHFIZ
IDN
Gabungan Tahfiz, Kemahiran, Akademik dan Pengajian Kitab
Pengenalan Maahad Tahfiz IDN
Maahad Tahfiz IDN (MATIDN) merupakan Tahfiz Pertama yang merangkumi persijilan International Rangkaian Teknologi Cisco dan MikroTik di Malaysia.
Di MATIDN, para pelajar diberi peluang untuk mendalami ilmu agama melalui pengajian diniyyah serta menghafaz Al-Quran dengan sistematik, selaras dengan matlamat kami untuk mencetak hafiz yang berkualiti tanpa mengabaikan pengajian akademik.
Selain itu, pelajar juga turut dilengkapi dengan kemahiran teknologi terkini yang diiktiraf di peringkat antarabangsa, seperti pensijilan CCNA (Cisco Certified Network Associate), MTCNA (MikroTik Certified Network Associate), MTCRE (MikroTik Certified Routing Engineer), dan MTCIPv6E (MikroTik Certified IPv6 Engineer).
Akreditasi & Pengiktirafan
MATIDN merupakan sebuah institusi pendidikan Al-Quran yang berdaftar secara rasmi di bawah Jabatan Agama Islam Negeri Johor (JAINJ) dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Kami memastikan setiap modul hafazan dan pengajian kitab dilaksanakan dengan cemerlang, mengikut piawaian kualiti yang ditetapkan demi melahirkan generasi Al-Quran yang kompeten dan beriktiraf.
Berdaftar dengan JAINJ
(No Kod MTS: MTS/KU/014)
Memastikan pengurusan dan kurikulum tahfiz dilaksanakan selaras dengan garis panduan Pendidikan Tahfiz Negeri Johor.
Berdaftar dengan JAKIM
(No Kod JAKIM: JZH8014)
Menjamin kualiti hafazan dan pengajian Islam mengikut standard Lembaga Penyelarasan Pelajaran dan Pendidikan Agama Islam (LEPAI).
Sijil Hafazan Diiktiraf
Memudahkan pelajar menduduki ujian pensijilan hafazan peringkat kebangsaan dan membuka peluang ke peringkat yang lebih tinggi.
Melalui penyeliaan oleh JAINJ dan JAKIM, kurikulum tahfiz di sini disusun secara sistematik bagi memastikan kualiti hafazan pelajar memenuhi kriteria pensijilan tahfiz yang sah. Ini menjamin hala tuju pendidikan pelajar yang lebih cerah, baik di peringkat negeri mahupun kebangsaan.
